Print Kaler Cetakan Baju-Beza Cetakan Heat Press Dan Silkscreen - Print Kaler

Cetakan Baju-Beza Cetakan Heat Press Dan Silkscreen

Beza Cara Cetakan Silk Screen Dan Heat Press

Salam semua. Dalam post kali ni saya nak jelaskan berkenaan beza antara kaedah cetakan baju heat press atau cetakan baju silkscreen. Bagi sesiapa yang tak pasti nak pilih kaedah printing baju yang mana satu diharapkan artikel ni akan mambantu sedikit sebanyak dalam membuat pilihan printing baju.

Heat Press

Kaedah ni memerlukan mesin pemanas khas untuk memindah image daripada kertas yang khas juga yang di print daripada printer biasa yang juga menggunakan dakwat khas kepada t-shirt. Mesin heat transfer ni lebih kurang macam saterika baju yang kita selalu pakai kat rumah tu cuma bentuk dia lebih besar. Kaedah ni pulak terbahagi kepada 2 yang utama. Yang pertama dipanggil sebagai kaedah “Sublimation” manakala yang kedua dipanggil “Heat Transfer”.

mesin heat press untuk cetak baju @ print tshirt

mesin heat press untuk cetak baju @ print tshirt

 

Kaedah sublimation ni cuma boleh digunakan untuk transfer gambar ke atas fabric yang selain dari cotton, contohnya seperti fabric polyester, microfibre dan sebagainya. Maksudnya kalau print atas kain cotton gambar akan jadi kabur, silap-silap tak lekat langsung. Boleh juga guna fabric campuran cotton dan polyester tapi hasilnya mungkin tak memuaskan (bergantung juga kepada cara fabric tersebut ditenun). Satu lagi kaedah sublimation ni cuma boleh buat pada baju yang warna cerah-cerah, hitam memang tak boleh langsung, putih adalah yang paling sesuai. Keistimewaan kaedah ni adalah warna dia kekal sebab proses sublimation ni akan dye warna terus dalam fabric dan takkan tanggal warna dia.

Contoh cetakan sublimation di baju

Contoh cetakan sublimation di baju

Tiada had warna yang boleh diprint kalau guna kaedah ni, maknanya warna banyak atau 1 warna sahaja pun harganya sama jer. Harga ditentukan oleh saiz sesuatu imej yang akan diprint nanti, lagi besar saiz imej maknamya lagi mahal harganya.

Satu lagi kedah heat press ni adalah “Heat Tranfer”. Kaedah ni lebih kurang jer macam sublimation tapi lebih mahal sikit sebab kos kertas dia pun jauh lebih mahal. Warna yang boleh diprint juga tak terhad cuma istimewanya kaedah ni boleh digunakan pada sebarang jenis fabric samada cotton atau bukan cotton. Kelemahan kaedah ni pulak adalah setelah beberapa kali basuhan yang keras, cetakan mungkin akan jadi pecah-pecah. So cara basuh nak kena jaga kalau pilih kaedah printing baju yang ni.

contoh cetakan heat transfer di baju

Contoh cetakan heat transfer di baju

Silkscreen

Kaedah ni pulak lebih rumit berbanding dengan kaedah heat transfer sebab banyak benda yang perlu di sediakan sebelum boleh print di baju. Sebab tu saya tak boleh nak ambil order 1 helai kalau pelanggan pilih cara ni, sebab kos dia akan jadi terlalu mahal dan customer pun mungkin rasa macam tak berbaloi . Paling kurang pun 10 helai baju dan cetak boleh saya terima, baru boleh pulang modal.

Kerja buat silkscreen ni kena kerah tenaga yang banyak jugak la, silap haribulan boleh demam jugak kalau kena print kena banyak sangat. Satu nak kena prepare blok/stensil, lagi banyak color/design guna, lagi banyak blok nak kena buat & lagi banyak layer color nak kena tarik. Tapi yang bagusnya kalau pakai kaedah ni tak ada had jenis fabric yang boleh digunakan, semua boleh cetak samada cotton,jersey,quickdry dan viscose.

Kos bagi kaedah silkscreen ni biasanya bergantung kepada saiz imej dan jugak bilangan color yang digunakan, lagi besar imej & lagi banyak color, lagi mahal lah harga baju tu.

Contoh Cetakan Silkscreen di baju

Contoh Cetakan Silkscreen di baju

Harap-harap dengan penerangan kat atas tu korang ada idea tentang kaedah mana satu nak pilih masa nak buat tempahan nanti. Apa-apa hal pun contact jer.

JOM PRINT T-SHIRT di Print Kaler.

sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Mazlan-013 594 2697

Tajuk Lain>>>>>>>>>Beza Percetakan Offset & Digital 

Muat turun katalog baju dan premium gift kami >>>>>>>>Muat Turun Catalog

 

11,662 total views, 12 views today

About the Author