BAGAIMANA KAMI LETAK SEBUT HARGA TEMPAHAN ANDA? | Print Kaler

BAGAIMANA KAMI LETAK SEBUT HARGA TEMPAHAN ANDA?

Bagaimana kami tetapkan harga tempahan pakaian & cenderahati korporat?

Kami di Print Kaler selalu menerangkan kepada pelanggan kami tentang harga sangat bergantung kepada beberapa perkara. Bila dah tahu lengkap mengenai tempahan baru kami boleh bagi sebut harga dengan cepat dan tepat. Pelanggan boleh tanya harga tanpa WAJIB beli pun dan sebut harga pun PERCUMA saja.

Sebut Harga hanya boleh di beri selepas kami tahu 3 Perkara utama seperti berikut:

  1. Jenis & material produk (Baju/Kemeja/Cenderahati Korporat).
  2. Design produk (Design cetakan/sulaman).
  3. Total kuantiti tempahan.

Selain itu, faktor penting juga adalah tarikh siap dan terma pembayaran (tunai atau PO) pun akan memberi kesan kepada harga tempahan anda.

Jika anda masih belum ada/tahu lagi perkara tersebut cuba bagi anggaran saja dahulu kepada kami.

Macam mana nak dapat harga murah?

Cara paling mudah untuk kurangkan kos ialah naikkan bilangan kuantiti tempahan. Tanya kami berapa bilangan tempahan yang harga boleh kurang. Tempah lebih untuk jimat.

Selain itu anda boleh kurangkan warna cetakan atau kuantiti sulaman. Kami cuba jadikan design anda lebih cantik walaupun hanya satu warna /satu sulaman saja.

Mengenai design dan harga selalunya kami cuba bagi idea atau cadangan untuk anda dapat harga rendah dan hasilkan tempahan yang cantik. Cubalah hubungi dengan kami!

PERCUMA dengan setiap tempahan walaupun sikit atau banyak:

  • Sebut Harga.
  • Review design dari team sale kami.
  • Cadangan rendahkan kos dan cantikkan design.
  • Jaminan ikut tarikh siap.
  • Team sale yang berpengalaman.

Kami percaya dengan setiap harga yang kami beri adalah lengkap dan tepat. Tiada cas tersembunyi dan anda boleh dapatkan harga jika kami hantar terus di pintu rumah & pejabat anda.

646 total views, 4 views today

About the Author
Open chat
Powered by