Beza Offset & Digital Printing | Print Kaler

Beza Offset & Digital Printing

beza offset dan digital printing

Beza Offset Printing & Digital printing…

Offset printing/ litho printing.
Secara amnya, ia dikait dengan printer berskala sangat besar dan print dalam skala besar. Proses printing jauh lebih murah berbanding digital print. Print ini menggunakan plate zink untuk memproses warna asas seperti Cyan, Magenta. Yello & black (CMYK) ataupun mengguna warna khas PANTONE. Penghasilan plate ini melibatkan proses expose film positif di atas plate kemudian cuci atas chemical. Tetapi, sekarang sudah maju. Penghasilan plate lebih mudah. Cuma hantar file ke mesin pencetakan plate laser kemudian cuci dengan chemical. Sebelum zaman plate orang menguka kan block, setiap huruf disusun rapi. Kelebihan offset ini adalah kos pencetakan murah, dalam kuantiti besar ketepatan warna. (http://en.wikipedia.org/wiki/Printing ) (Watch “The History of Printing” on YouTube – The History of Printing:http://youtu.be/q33FMGJBSyw0 ).

Digital print.
Lebih mudah difahami asasnya seperti yang diajar di kolej atau universiti. Yang pertama perlu fahami digital print ini adalah proses printing terus dari komputer ke printer tanpa melibatkan penggunaan plate tetapi menggunakan drum utk pengimejan. Tetapi kos printingnya jauh lebih mahal bergantung pada keadaan semasa dan kuantiti printing tidak mampu tandingi offset.

Jika ada pertanyaan, boleh berhubung dengan kami sila klik link di bawah

https://www.facebook.com/messages/425661190850521

 

 

 3,471 total views,  1 views today

About the Author