Bisnes Print Baju Bersistem | Print Kaler

Bisnes Print Baju Bersistem

BISNES BERSISTEM

No photo description available.

Ramai orang cakap “The Ultimate of career” adalah doing your own business. Dimana, pada pendapat aku tu tak betul, kalau kau berseorangan. Kalau betul kau ambil langkah nak berhenti kerja lepastu berniaga, aku nasihat carilah partner. Ini serius.

Ko kene ingat, manusia ini dia ada banyak karakter, aku ambil contoh mudah sahabat-sahabat nabi yang ada karakter tersendiri :

Yang membenarkan, adil dalam buat keputusan

Yang pandai berbisnes

Yang handal berlawan

Yang aktif

Semua ni terdiri dari pelbagai lapisan umur. Tp sumbangan diorang pada dakwah nabi impak dia kita rasa manis agama islam tu sampai ke harini. Ko ingat kalau nabi sorang-sorang lone ranger dia boleh Berjaya tak?

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tapi saling melengkapi. Ada juga business man yang lone ranger, yang memang dia tak boleh ada team/staff. Tapi biasanya yang sorang2 ni dia trade barang etc. Cuma nak pergi jauh tu susah, sebab kau kene buat semua perkara sorang2. Dalam bisnes, sama juga macam kita kerja,dia ada

1.Bahagian Primary (Utama)

Department Sales

Department Marketing

Department Operation

2.Tugas sokongan (supporting)

Department Admin

Department HR

Department Finance

Department R&D

Semua yang aku sebut kat atas ni adalah “value chain” sesebuah bisnes. Kalau kau nak start, better kau start serius. Dan kalau kau nak pergi jauh, better fikir tentang orang-orang yang akan support kau dalam department2 yang aku sebut kat atas. Tapi, takdela semua dalam business kau kene buat semua tu under “one roof”, ada sesetengah kerja/department yang kau boleh “outsource”. Buat kerja tu bijok sikit la. Melainkan partner kau ada kekuatan/skill tu, then akan jadi “Value Added” yang kau tak perlu “hire” orang luar untuk buat.

Kalau ada kawan-kawan kat sini buat bisnes kecil-kecilan, korang dah boleh buat mini office. Yang ada filing untuk semua department aku state kat atas tu. Rasa macam belum mampu, belajar dulu kat mana-mana kelas akaun (ada ja kelas akaun murah-murah) 100/head, korang tinggal cari je. Kalau takde upah je orang. Buat akaun elok-elok. Macam aku cerita semalam, kalau lah akaun kami tak betul dari hari pertama, aku rasa kami takkan ada modal untuk teruskan berniaga lain dan mampu ada staff. 

Semua department atas tu, kalau nak kupas satu-satu panjang tu, nanti lah aku cerita satu2. Korang nak tahu ke? 

p/s gambar filing bawah tu, Sha Nadia yang buatkan. (antara sahabat yang bantu masa mula2 nak UP dulu) terima kasih Sha! kami guna sampai sekarang filing kaler kaler tu. Hahaha. 

#printkaler

www.printkaler.com.my

44 total views, 2 views today

About the Author