CARA PEMILIHAN NAK TEMPAHAN PRINTING BAJU MENGIKUT JENIS PROGRAM | Print Kaler
20
JAN
2021

CARA PEMILIHAN NAK TEMPAHAN PRINTING BAJU MENGIKUT JENIS PROGRAM


1) Baju Sukan


• Perkara pertama yang perlu dititik beratkan sewaktu pemilihan baju untuk bersukan ialah , JENIS FABRIK. Jenis fabrik apakah yang sesuai kita gunakan sewaktu larian, jogging , berbasikal atau apa sahaja jenis sukan?


“MICROFIBRE” ialah salah satu fabrik yang menjadi pilihan utama pelanggan untuk bersukan. Kenapa guna microfiber , kenapa bukan cotton? Ini kerana material microfiber ini adalah jenis material yang cepat kering . Apabila seseorang itu bersukan , dan berpeluh , mereka tidak selesa jika pakaian yang mereka pakai menjadi terlalu basah kerana peluh tidak kering dengan cepat. Jadi pemilihan fabric jenis microfiber ini merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin membuat baju untuk tujuan apa sahaja jenis sukan.


• Microfibre juga adalah salah satu fabrik yang ringan. Penggunaan fabrik yang ringan ini akan memberikan keselesaan kepada pengguna yang bersukan. Secara tidak langsung, ianya akan dapat memudahkan setiap pergerakan dan tidak menambahkan lagi beban dibadan kita.

2) Baju Kelas , Baju Rewang , Baju Hari Keluarga


• Acara acara seperti ini selalunya dihadiri oleh semua peringkat umur. Dari warga emas sehingga kanak kanak. Jadi , apabila melibatkan warga emas dan juga kanak kanak , jenis pakaian yang dipilih perlulah mempunyai tahap keselesaan yang premium.


• Pemilihan pakaian dari kain kapas , ataupun COTTON akan menjadi pilihan utama pelanggan yang mencari keselesaan untuk semua peringkat umur. Keupayaan istimewa kain cotton yang mudah menyerap peluh memberikan keselesaan kepada mereka walaupun memakai dalam waktu yang panjang.


• Selain daripada itu , baju kain cotton ini menjadi pilihan kerana harganya yang sangat berpatutan berbanding dengan material yang lain. Dari kanak kanak , dewasa lengan pendek sehinggalah dewasa lengan panjang , kain cotton ini mempunyai lebih dari 10 jenis warna pilihan. Selesa , harga berpatutan dan banyak pilihan warna , kain cotton pilihan semua.

About the Author

Comments are closed.